Monday 6 February 2012

Tak dilahirkan untuk mencintai kem.

Bonjour.

Aku baru balik dari Kembara Survival Camp (aku tak tahu apa nama penuh kem tu) semalam. Ni nak cerita tanpa gambar sebab aku tak bawak kamera pun pergi sana.

Kem ni under kokurikulum dan ianya wajib, kalau kem ni tak wajib hell no lah gamaknya. Fyi, aku paling benci kokurikulum sekaligus membenci akitiviti aktiviti sebegini rupa terutama sekali kem. Memandangkan masa sem 1 aku dah tergolong dalam kalangan Kembara Kesatria, sem 2 dan 3 aku kena continue benda alah ni sebab Kembara Kesatria memang kau tak boleh tukar sampai lah sem 3. Dan sem 4 kau akan bebas daripada menghadap koku jadah ni (aku memang tertunggu-tunggu saat tu) Oh damn, how to do.. so aku terpaksa jugaklah sambung.

Kembara Survival Camp ni held on for 3 days at D'puncak Beris. Aku rasa camtu lah kot nama tempat kem tu, aku tak pernah nak ambik tau sebab pergi pun kerna terpaksa kan? Masa on the way nak kesana, bas siswi sesat sebab apehal entah pakcik tu tak tau jalan pulak kan. Aku lagi seronok sebab dalam bas tu aku boleh tidur. Peace (Y)

Sampai sana around 9 p.m kot. Lepas solat, kitorang diberi brief information tentang kem, rules & regulation, and all stuffs. Gerak ke satu pulau yang aku tak ingat apa nama pulau tu, memandangkan sekarang line tengah slow gila so aku malas nak Google. Sampai je kat pulau kitorang kena buat Night Walk. Siapa yang biasa pergi kem tahu lah kan apa itu Night Walk? Aku seumur hidup sampai ke hari aku kat pulau tu memang tak pernah buat Night Walk. Cuak la jugak aku masetu sebab dia lepaskan one by one dan aku adalah orang kedua terakhir yang dilepaskan. Mula je masuk hutan aku dah salah arah, nampak sangat takde bakat langsung. Lepastu dorang suruh ikut setiap lampu merah. Mata aku punya satu masalah dimana setiap kali aku nampak cahaya dalam gelap, mata aku akan convert cahaya tu ke satu warna atau bentuk yang lain. Contohnya, masa aku nampak first lampu merah yang menyala, aku cuba carik another lampu merah tapi mata aku dah mula berpinar-pinar sebab aku boleh nampak lampu hijau dan bayang-bayang orang. Padahal benda tu simpe je pun. Serious memang sakai dan yes aku benci aktiviti bodoh tu.

Malam tu kitorang tidur kat dalam hutan berlantaikan bumi berbumbungkan langit. Dapat tidur pun cuma satu jam. Perasaan aku time tu? Sakit hati. Aku baru je baik demam, dah pulak kena tidur outdoor camtu buat benda yang aku tak suka lagi. Haih punya lah sakit hati. Pagi tu kitorang kena masak breakfast sendiri, team aku buat roti bakar dan sup ayam instant. Nasib baik sedap, takdela aku nak menyumpah ranah. Haha. Untuk lunch, kitorang kena buat Treasure Hunt dulu baru dapat bahan bahan yang nak masak tu. Ada 3 checkpoints dan checkpoint yang paling aku benci adalah checkpoint dimana kitorang kena pass air melalui straw ke dalam cawan. Benda tu serious EUW gila! Air yang kitorang kena pass tu sangat menjijikkan. Tak silap aku air tu isinya kicap, sos tiram dan air tasik. Sampai sekarang pun aku masih terbayang-bayang rasa dan bau busuk air tu. Eiiii unforgettable doh.

Bila dah dapat semua bahan bahan, mereka yang lain pun dengan semangatnya memulakan aktiviti Jungle Cooking. Aku pulak dengan malasnya nak taknak je tolong ahli kumpulan aku. Dah kata terpaksa, jadi semua benda aku buat pun terpaksa. Masa memasak aku banyak tolong tengok je, takpun aku just tolong ambik air kat tasik, basuh bekas. Takat tuje. Ikutkan makan pun aku taknak tapi disebabkan makanan tu banyak sangat dorang masak, dorang paksa jugak suruh habiskan. Makanan masak dalam hutan apeje yang sedap? So faham fahamlah camne rasanya nasi, ayam dan sardin yang dorang masak tu.

Petang tu kitorang balik semula ke base camp. Alhamdulillah. Itu yang aku nanti nantikan. Aku tak boleh tahan hidup dalam hutan tu. Nak kencing pun aku sanggup tahan. Haha. Kalau ikut plan asal, petang tu kitorang kena buat Water Confident - Lake Crossing. Tapi disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, aktiviti tu terpaksa dibatalkan. And again, alhamdulillah. Sebabnya aku tak bawak kasut getah, tak bawak kasut lebih dan aku taknak bawak balik baju yang basah. Geli okay? Dorang semua merungut sebab tak dapat buat benda tu. I was like.. hello? kenapa lah korang suka sangat benda benda camtu :\

Malam tu pulak aktiviti bersama komander. Aktiviti malam tu rilex je takde tough mana so aku okay jela, macam main explorace gitu. Tidur pun awal. Haih what a relief.

Esoknya pula bangun macam biasa buat aktiviti pagi lepastu breakfast then kelas aku kena buat test. Test tu pun senang je, takde benda sangat. Habis je test, buat majlis penutup. The end. Part tak bestnya, bas sampai lambat so kena tunggu bas tu dok tercanguk je kat sana. Sampai je kolej aku terus mandi sebab sepanjang kat sana memang aku tak mandi. Tuhdia baqhang ~

Apa yang aku boleh katakan tentang kem ni walaupun bagi sesetengah orang akan kata best (well mostly said it was interesting) Pada aku, ianya tetap satu perkara yang tak best langsung. Aku bukan seorang yang sukakan cabaran, aku tak suka buat perkara yang extreme. Satu lagi, aku tak suka teamwork. Ini semua bukan jiwa aku. Bukannnnnnn. Aku memang tak suka :S

P/s Ada sorang mamat KL tu comel gila bila masuk hutan buat something yang dia tak biasa buat. Haha. Dan aku benci sorang minah dalam kumpulan aku tu sebab apa yang aku buat atau cakap mesti dia nak bangkang. Muka bajet lawa sangat je. Dah lah, kbye.

0 Comment(s):